Assalamualaikum..
Syukur Alhamdulillah, hari ni dah masuk 5 minggu 3 hari.. Semoga baby kat dalam rahim membesar dengan baik dan sihat..
Kat sini saya nak kongsi beberapa usaha yang saya lakukan sebulan sebelum BFP..Sebenarnya cycle sebelum dapat BFP ni la yang saya dan husband usaha sungguh-sungguh..Sebelum ni usaha jugak tapi macam tak bersungguh sangat..
Banyak tip-tip yang saya ambik dari blog erinreen105 ..Kat sini memang dia kongsi macam-macam dan sangat berguna untuk orang yang TTC..Kalau nak ikut tips yang erin bagi memang banyak tapi saya buat yang mana termampu dulu..
Apa yang saya buat untuk cycle sebelum BFP kali ni..
1. Saya tukar wallpaper hp kepada gambar baby..Memang nak anak kan jadi bila letak gambar baby rasa semangat sikit nak usaha..Tambah pulak letak gambar baby yang comel gitu..
2. Furmon..Sebenarnya saya dah beli furmon ni dalam sebulan lebih tapi masa tu pakai ikut suka je..Tapi untuk cycle kali tu saya nekad pakai hari-hari..Saya pakai 3 kali sehari..Selepas mandi pagi, selepas mandi petang dan sebelum tidur..Masa sapu ni saya baca doa-doa berikut: Bismillah 5, zikir Ya Bari' (Yang Membuat Membentuk & Menyeimbangkan) Ya Khaliq (Yang Maha Pencipta) Ya Musawwir (Yang Membentuk Rupa) sebanyak 7 kali dan doa-doa untuk mendapatkan zuriat dan doa murah rezeki..
Sebenarnya sejak saya amalkan doa-doa ni, kalau nak makan ke, nak minum ke, saya baca jugak doa-doa ni..
Alhamdulillah banyak perubahan yang saya alami bila guna krim ni..Boleh rujuk kat entry sebelum ni : Furmon ..Sampai sekarang ni saya masih sapu (botol ke-2) untuk kuatkan rahim..
3. Jus Premium V-sireh..Disebabkan saya ada consume Olicandy, jadi saya pun ambik jugak jus ni sebab bagus untuk kesihatan dalaman dan kesuburan..Rasanya memang sedap.. Tapi sejak dah tau pregnant, saya dah stop both..Saya ada tanya HQ V-sireh, dia cakap kalau dah pregnant tak leh ambik dua-dua ni..
4. Jaga makan dan minum..Kali ni saya kurangkan makan carbohydrate, makanan dan minuman manis, dan jugak fast food..Saya ada baca dalam 1 blog ni kata makanan yang letak yis macam roti tak elok sebab yis tu buat kita ada keputihan..Jadi saya pantang tak makan roti, kek dan sewaktu dengannya..
5. Jika saya ambik furmon, husband pulak ambik intense energy lotion..Masa beli tu memang ambik set suami isteri..Alhamdulillah, suami pun bersemangat guna krim ni..
Pengajaran yang paling berguna saya dapat sepanjang TTC ni ialah tak kira apapun cara dan usaha kita, yang penting kita kena bersungguh-sungguh dan istiqamah..Sebagai seorang muslim kena ingat, tak kira betapa canggih, hebat atau mahal sekalipun cara yang kita guna, Allah S.W.T yang memberi rezeki..Dialah sebaik-baik Perancang..Jadi kita kena doa dan usaha sungguh-sungguh..Masa doa tu mintak sungguh-sungguh kat Allah S.W.T
Ini je la yang dapat saya kongsikan..Semoga memberi manfaat.. :)
No comments:
Post a Comment