Assalamualaikum..
Hari ni saya nak share sedikit tips berkenaan hook effect pada UPT..
Semuanya bermula bila ultrasound saya (25-11-2015) menunjukkan baby baru 7 weeks 1 day sedangkan kalau ikut first day LMP dah 8 weeks 1 day..Tapi semua tu saya dah jelaskan sebelum ni..Boleh jadi sebab cycle saya 32-33 hari..
Okay, yang buat saya rasa risau ialah sebab beza seminggu..Doktor kata biasanya beza dalam +/- 5 hari saja..
Balik dari tu, saya pun saja-saja test untuk UPT..Saya still dapat double line tapi line pada berlabel Test agak kabur..Seingat saya 2 minggu sebelum tu, saya test dapat terang sangat..Saya fikir takpe, cuba lagi dengan FMU esok pagi..
Pagi (26-11-2015) tu lepas test guna FMU, saya masih dapat double line tapi kabur pada berlabel Test..Setahu saya, FMU la yang paling pekat..Jadi sepatutnya saya dapat double line yang terang..Saya jadi susah hati..
Bermula la episod saya mencari jawapan..Sambil tu saya berdoa semoga Allah lindungi anak ini dan bagi anak ni membesar dengan sihat dan kuat..Aamiin...Saya google dan baca sehinggalah saya terjumpa pasal hook effect pada UPT ni..
Apa itu hook effect? sebenarnya bukan saja boleh apply pada UPT tapi pada benda-benda lain jugak..Hook effect ni terjadi bila substance yang ada terlalu banyak (concentrated), sehingga payah absorbent untuk uptake substance tadi..
Dalam kes UPT ni, dalam minggu ke-7 atau ke-8, hormon beta HCG memang sangat banyak..Jadi bila kita buat UPT especially guna FMU, memang kita tak akan dapat double line yang terang disebabkan apa yang saya terangkan tadi..
Pagi ni (27-11-2015), saya buat UPT guna FMU still double line yang kabur kat berlabel T..Lepas tu saya cuba sekali lagi..Kali ni saya nak test betul ke tidak pasal hook effect ni..1 saya guna urine biasa,1 lagi saya saya campurkan urine dengan air biasa..nisbahnya 20% urine : 80% air..
Hasilnya seperti gambar dibawah ni..
Hasilnya seperti apa yang saya baca..Saya dapat double line yang sangat terang selepas saya cairkan urine tersebut..
Alhamdulillah..Lega rasanya..Jadi kepada pembaca yang ada buat UPT masa hormon beta HCG tengak banyak sangat ni, jangan panik bila tengok line kabur..Sebelum fikir negatif (mintak-mintak dijauhkan), lebih baik cuba buat eksperimen macam ni dulu..
Andai kata result masih sama (kabur), mintak la pandangan doktor anda..
Saya harap apa yang saya kongsikan ni bermanfaat kepada kita semua..Ini pun ilmu yang baru pada saya :)
XOXO
No comments:
Post a Comment