Thursday, November 26, 2015

Tips : Hook Effect Pada UPT

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak share sedikit tips berkenaan hook effect pada UPT..

Semuanya bermula bila ultrasound saya (25-11-2015) menunjukkan baby baru 7 weeks 1 day sedangkan kalau ikut first day LMP dah 8 weeks 1 day..Tapi semua tu saya dah jelaskan sebelum ni..Boleh jadi sebab cycle saya 32-33 hari..

Okay, yang buat saya rasa risau ialah sebab beza seminggu..Doktor kata biasanya beza dalam +/- 5 hari saja..

Balik dari tu, saya pun saja-saja test untuk UPT..Saya still dapat double line tapi line pada berlabel Test agak kabur..Seingat saya 2 minggu sebelum tu, saya test dapat terang sangat..Saya fikir takpe, cuba lagi dengan FMU esok pagi..

Pagi (26-11-2015) tu lepas test guna FMU, saya masih dapat double line tapi kabur pada berlabel Test..Setahu saya, FMU la yang paling pekat..Jadi sepatutnya saya dapat double line yang terang..Saya jadi susah hati..

Bermula la episod saya mencari jawapan..Sambil tu saya berdoa semoga Allah lindungi anak ini dan bagi anak ni membesar dengan sihat dan kuat..Aamiin...Saya google dan baca sehinggalah saya terjumpa pasal hook effect pada UPT ni.. 

Apa itu hook effect? sebenarnya bukan saja boleh apply pada UPT tapi pada benda-benda lain jugak..Hook effect ni terjadi bila substance yang ada terlalu banyak (concentrated), sehingga payah absorbent untuk uptake substance tadi..

Dalam kes UPT ni, dalam minggu ke-7 atau ke-8, hormon beta HCG memang sangat banyak..Jadi bila kita buat UPT especially guna FMU, memang kita tak akan dapat double line yang terang disebabkan apa yang saya terangkan tadi..

Pagi ni (27-11-2015), saya buat UPT guna FMU still double line yang kabur kat berlabel T..Lepas tu saya cuba sekali lagi..Kali ni saya nak test betul ke tidak pasal hook effect ni..1 saya guna urine biasa,1 lagi saya saya campurkan urine dengan air biasa..nisbahnya 20% urine : 80% air..

 Hasilnya seperti gambar dibawah ni..






Hasilnya seperti apa yang saya baca..Saya dapat double line yang sangat terang selepas saya cairkan urine tersebut..

Alhamdulillah..Lega rasanya..Jadi kepada pembaca yang ada buat UPT masa hormon beta HCG tengak banyak sangat ni, jangan panik bila tengok line kabur..Sebelum fikir negatif (mintak-mintak dijauhkan), lebih baik cuba buat eksperimen macam ni dulu..

Andai kata result masih sama (kabur), mintak la pandangan doktor anda..

Saya harap apa yang saya kongsikan ni bermanfaat kepada kita semua..Ini pun ilmu yang baru pada saya :)


XOXO

 

Wednesday, November 25, 2015

First ultrasound

Assalamualaikum..

Apa khabar semua..Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T

Alhamdulillah, kemarin dah buat ultrasound..Happy sangat dapat tengok baby..Dah ada jantung yang berdenyut..MashaAllah.. :)

Kalau diikutkan tarikh dari first day LMP, saya dah 8 weeks..Tapi daripada scan kemarin based on CRL baby, saya baru 7 minggu 1 hari..





Scan ni saya buat dekat Pusat Rawatan Mahsuri di Jitra..Memang jauh sikit tapi berbaloi sebab Doktor Pakar O&G yang consult kita..Mesin ultrasound pun canggih..Memang puas hati..

Kalau klinik kesihatan kerajaan cuma akan buat scan awal kalau ibu tak pasti first day LMP tu..Lagi 1, kalau sure tarikh LMP, dia akan buat scan first 12weeks nanti..Macam saya nak tunggu 12 weeks tu lama la lagi..Dah tak sabar nak tengok baby ni..So kena pi private la..Hihi..

Doktor cakap selalunya beza +/- 5 hari dari kiraan biasa, tapi saya punya seminggu..Ada jugak risau tapi Dr kata takpe,scan lagi 2 weeks..

Sebenarnya ada 4 pregnancy apps yang saya download kat HP ni..Semua bagi time yang tak sama..Cuma apps Nuture je yang kira saya dalam 7 weeks 3 days camtu..Sebabnya, selain kira first day LMP, kena ambik kira cycle jugak..Macam saya ni, cycle 32-33 hari..Even untuk pregnancy kali ni, saya ovulate dalam hari ke-17..So dah tentu conception pun lambat sikit..

Apapun saya fikir positif saja..Sekarang bukan masa nak risau macam-macam tapi kena banyak doa dan yakin dengan perancangan Allah S.W.T

Saya pun dah beli buku amalan doa dan surah bagi wanita mengandung..InsyaAllah saya nak amalkan setiap hari..

Ya Allah, Kau lindungilah diriku dan anak dalam kandungan ku ni..Aku bermohon pada-Mu Ya Allah berilah kesihatan dan kekuatan buat kami dalam menempuhi kehamilan ini..Aku juga bermohon agar Kau beri anak dalam rahim ku ni membesar dengan sihat, kuat dan sempurna..Ya Allah, makbulkan la semua doa-doaku ni..

Aamiinn...

Friday, November 6, 2015

Usaha-Usaha sebelum BFP :)

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah, hari ni dah masuk 5 minggu 3 hari.. Semoga baby kat dalam rahim membesar dengan baik dan sihat..

Kat sini saya nak kongsi beberapa usaha yang saya lakukan sebulan sebelum BFP..Sebenarnya cycle sebelum dapat BFP ni la yang saya dan husband usaha sungguh-sungguh..Sebelum ni usaha jugak tapi macam tak bersungguh sangat..

Banyak tip-tip yang saya ambik dari blog erinreen105 ..Kat sini memang dia kongsi macam-macam dan sangat berguna untuk orang yang TTC..Kalau nak ikut tips yang erin bagi memang banyak tapi saya buat yang mana termampu dulu..

Apa yang saya buat untuk cycle sebelum BFP kali ni..

1. Saya tukar wallpaper hp kepada gambar baby..Memang nak anak kan jadi bila letak gambar baby rasa semangat sikit nak usaha..Tambah pulak letak gambar baby yang comel gitu..

2. Furmon..Sebenarnya saya dah beli furmon ni dalam sebulan lebih tapi masa tu pakai ikut suka je..Tapi untuk cycle kali tu saya nekad pakai hari-hari..Saya pakai 3 kali sehari..Selepas mandi pagi, selepas mandi petang dan sebelum tidur..Masa sapu ni saya baca doa-doa berikut: Bismillah 5, zikir Ya Bari' (Yang Membuat Membentuk & Menyeimbangkan) Ya Khaliq (Yang Maha Pencipta) Ya Musawwir (Yang Membentuk Rupa) sebanyak 7 kali dan doa-doa untuk mendapatkan zuriat dan doa murah rezeki..









Sebenarnya sejak saya amalkan doa-doa ni, kalau nak makan ke, nak minum ke, saya baca jugak doa-doa ni..

Alhamdulillah banyak perubahan yang saya alami bila guna krim ni..Boleh rujuk kat entry sebelum ni : Furmon ..Sampai sekarang ni saya masih sapu (botol ke-2) untuk kuatkan rahim..


3. Jus Premium V-sireh..Disebabkan saya ada consume Olicandy, jadi saya pun ambik jugak jus ni sebab bagus untuk kesihatan dalaman dan kesuburan..Rasanya memang sedap.. Tapi sejak dah tau pregnant, saya dah stop both..Saya ada tanya HQ V-sireh, dia cakap kalau dah pregnant tak leh ambik dua-dua ni..

4. Jaga makan dan minum..Kali ni saya kurangkan makan carbohydrate, makanan dan minuman manis, dan jugak fast food..Saya ada baca dalam 1 blog ni kata makanan yang letak yis macam roti tak elok sebab yis tu buat kita ada keputihan..Jadi saya pantang tak makan roti, kek dan sewaktu dengannya..

5. Jika saya ambik furmon, husband pulak ambik intense energy lotion..Masa beli tu memang ambik set suami isteri..Alhamdulillah, suami pun bersemangat guna krim ni..


Pengajaran yang paling berguna saya dapat sepanjang TTC ni ialah tak kira apapun cara dan usaha kita, yang penting kita kena bersungguh-sungguh dan istiqamah..Sebagai seorang muslim kena ingat, tak kira betapa canggih, hebat atau mahal sekalipun cara yang kita guna, Allah S.W.T yang memberi rezeki..Dialah sebaik-baik Perancang..Jadi kita kena doa dan usaha sungguh-sungguh..Masa doa tu mintak sungguh-sungguh kat Allah S.W.T


Ini je la yang dapat saya kongsikan..Semoga memberi manfaat.. :)

Thursday, November 5, 2015

Buka buku pink..

Assalamualaikum..

Hari Rabu yang lepas, 4-11-2015, saya pi ke KK yang berdekatan untuk buka buku pink..

Saya pi awal sebab tau KK mesti penuh dengan orang..Sampai je parking kat dalam dah penuh, jadi kena parking kat luar..Ramai lagi yang datang lebih awal dari saya..

Saya pun pi la ke bahagian ibu dan anak..Saya pun bagitau la kat nurse kat kaunter yang saya nak buka buku pink..Dia tanya dah buat UPT ke? Saya pun cakap dah buat tadi..Padahal dah banyak kali buat kat rumah..Hehehe

Dia tanya ada bawa tak UPT tu tapi saya kata takde..Jadi saya kena ambik sample urine yang baru dan hantar ke makmal..Dalam 5 minit je tunggu, result pun dah dapat..Alhamdulillah, betul la saya pregnant..Lepas tu kena bawa result tadi ke bahagian ibu dan anak semula..

Bila dia tengok result positif, dia akan check alamat pulak.. Rupanya alamat saya ni kena buka buku pink dekat Klinik Desa (KD) yang lagi dekat..So saya kena bawa result tadi ke KD tersebut.

Dalam hati saya rasa happy je sebab memang nurse dekat KD tu saya kenal..Dia memang dah lama..Bayangkan masa saya lahir pun dia yang sambut..Kakak saya dah 2 anak pun check up kat situ jugak..

Lepas isi details semua dan nurse kat KD tanya itu ini kat saya, dia pun ambik sample darah kat jari..Rupanya hemoglobin saya rendah..10.1 je..Sedih jugak la..Risau pun ada jugak..

Mujur saya dah makan iberet folic..Masa tu baru 2 hari..Harap-harap hemoglobin saya akan cepat naik la bila check up nanti..Normal hemoglobin sepatutnya 12 dan keatas..

Kesimpulannya, before buka buku pink...

1. Make sure cari dulu KK dan KD yang terdekat dengan rumah..Sebab apa yang terdekat ? Sebab nanti lepas bersalin nurse akan buat lawatan ke rumah..Nak check ibu dan anak..

2. Bawa UPT yang dah buat kat rumah untuk menjimatkan masa..Kalau tak bawa macam saya, pastu kena buat sekali lagi kat sana..

3. Makan vitamins walaupun sebelum confimr pregnant..Paling penting folic acid..Macam saya sebelum ni saya ambik folic acid, b-complex, zinc dan vitamin c..Iron takde..Haaaa sekali hemoglobin rendah baru kalut nak makan iron pulak..

4. Bawak ic sendiri, salinan ic suami, salinan surat nikah..Ada sesetengah tempat nak butiran-butiran ni..Macam kat KK tu yang sempat saya baca, nak salinan ic husband dan surat nikah..Tapi dekat KD yang saya daftar tu sempoi je..Tak perlu semua tu..Bawak diri dengan result UPT yang positif je..Tapi lebih baik sediakan siap-siap daripada nak kena pi 2-3 kali..


Itu je la yang saya boleh kongsikan.. :)





XOXO

Monday, November 2, 2015

Sakit perut.. :(

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni dah masuk minggu ke-5..Baca dalam pregnancy apps, baby dah besar sikit..Besar size peppercorn katanya.. :)

Saya dah 3 hari rasa sakit perut..Hari-hari je mesti ada loose stool..

Rupa-rupanya boleh jadi side effect dari antenatal vitamins yang saya makan..

Jadi, saya pun pi la cari antenatal vitamins lain yang okay sikit..

Jumpa la yang ni...



Iberet folic 500 ni katanya boleh kurangkan rasa tak sedap perut dan tingkatkan tahap tolerance kat vitamin ni..

Saya dah try sehari..So far still ada rasa sakit perut dan loose stool pagi tadi..

Tapi kurang berbanding dengan vitamin sebelum ni..

Harap-harap lepas ni dah tak sakit perut la..Huhuhu..


**Sejak akhir-akhir ni rasa tak sedap tekak bertambah..Especially lepas makan..Ada masa macam nak keluar balik makanan..Mujur boleh tahan lagi..Harap-Harap tak de la morning sickness..Apepun yang paling penting semoga baby sihat dan kuat kat dalam rahim tu.. Aamiinnn :)