Friday, October 30, 2015

Alhamdulillah..Berita gembira di hari Jumaat..Penghulu segala hari :)

Assalamualaikum...

Malam tadi saya susah nak tidur..Sebabnya teringat-ingat result UPT yang saya dapat kemarin..

Saya tak sabar nak tunggu hari ni sebab nak test lagi..Mungkin saya dah obses dengan UPT ni macam orang lain hehehe.

Bangun pagi tadi saya terus ambik BBT..Alhamdulillah suhu badan maintain tinggi je..

Saya test UPT guna FMU..Ini resultnya...
.
.
.
.
.



Hari ni 13 dpo. Alhamdulillah test line makin terang :)


Disebabkan saya dah obses dengan UPT ni, jadi saya test lg selang 3 jam..

Ini hasilnya...
.
.
.
.
.
.
.



Yang atas tu selepas 3 jam dari FMU.

Yang bawah pulak selang sejam lepas tu.

Bila kira-kira balik, dalam 6 UPT dah saya guna dalam tempoh 2 hari ni.. T_T

Perasaan bila tengok Test line makin terang, hati rasa gembira sangat.

Masa tunggu nak tau result digital clear blue pulak dup dap dup dap..Lama sungguh jam randik tu duk proses..

Bila dah tertera perkataan "Pregnant 1-2", hati terus berbunga-bunga.. As usual, lama saya duk tenung UPT tu..

Alhamdulillah, syukur pada Allah yang memberi rezeki ni kat kami suami isteri..Husband saya pun gembira tak terkata sebab dah setahun lebih kami tunggu..

Sekarang kandungan baru 1-2 minggu..InsyaAllah next week nk pi scan..

Sekarang nak fikir benda-benda yang gembira dan positif sahaja..

Semoga saya dan baby sama-sama kuat..

Saya doakan sesiapa yang membaca blog saya juga semoga cepat-cepat mendapat berita gembira..


Aamiin...

No comments:

Post a Comment