Assalamualaikum..
Pagi tadi saya bangun untuk solat Subuh, saya mandi dulu..Saya buat UPT guna FMU..
Saya guna UPT murah yang harganya RM 1.00, boleh beli di instagram..
Window time adalah 10 minutes..Selepas 10 minit saya tengok resultnya double line..Alhamdulillah..
Tapi lebih pudar dari kemarin punya..
Dup dap dup dap..Saya susah hati dan paaaniiiikkk
Risau sama ada results sebelum ni faint positive atau cuma evaporation line..
Sebelum tu, saya nak tegaskan UPT yang murah bagus je..Banyak je testimoni yang saya tengok okay..
Mungkin bukan pada saya..
Lagi 1, ada je yang saya baca, sesetengah orang memang tak ngam dengan certain UPT brand..Maksudnya,
dia try guna UPT brand A seratus kali pun masih negative..Tapi bila dia guna brand B atau C, guna 1 test
saja pun dah double line dan terang..Huhuhu
Okay berbalik kepada Faint positive VS evaporation line..Ni adalah hasil rumusan yang saya dapat setelah
membaca segala blog yang berkaitan dan yang saya termampu.. Hehehe gigihkan?
Ciri-ciri faint positive line :
1. Line kedua yang terhasil di kawasan yang berlabel Test muncul dalam window time yang diberikan. Ada sesetengan brand bagitau 5 minutes, ada sampai 10 minutes..Tapi most yang saya jumpa adalah 5 minutes
2. Warna faint line ni mestilah sama kaler dengan kaler kat Control line..Kalau brand A kaler pink, maka faint line ni mesti kaler pink jugak..Cuma kaler dia pudar la..
3. Warna faint positive ni akan kekal warna yang sama walaupun dah banyak hari..
Ciri-ciri evaporation line :
**Semua contra dengan faint positive**
1. Line kedua yang terhasil di kawasan berlabel Test muncul selepas window time..Line ni terhasil daripada reaksi antara komponen dalam urine dan dalam test..Jadi sangat penting untuk baca result dalam window time sahaja..
2. Warna line yang terbentuk selalunya kelabu-kelabu gitu..Pendek kata tak sama kaler dengan line dekat Control line..
3. Warnanya lama-kelamaan akan semakin pudar dan akhirnya hilang..
Okay, apa nak buat kalau masih ragu-ragu yang ini faint positive atau evaporation line..Ini caranya..Mudah saja..
1. Keringkan UPT yang diragui tu..Biar dia kering sendiri..Jangan guna hairdryer ke apa ke..Make sure betul-betul kering..
2. Lepas dah biar UPT tu kering kontang, titik beberapa air kosong dekat kawasan berlabel Sample tu..Sebelum ni sample kita adalah air kencing..Sekarang ialah air kosong je..
3. Kita akan nampak air tu lalu dekat bahagian Test and Control..Sebab tu kena make sure betul-betul kering ye..Jangan kalut-kalut..Saya tau sapa pun mesti nak tau kepastian secepat mungkin kan..Hehehe
4. Okay ni la masa yang ditunggu-tunggu..Lepas air tu dah lalu kat situ, kalau warna kat Test line maintain je..Maknanya still pink atau blue (ikut warna Control) dan tak hilang, itu bermaksud line tersebut adalah faint positive ! :)
5. TAPI, sekiranya warna tu hilang, maknanya line tadi tu adalah evaporation line sahaja.. Air kosong tadi dah tolong basuh line tersebut..
Saya dengan gigihnya dah try kat semua UPT yang saya ada dan alhamdulillah warnanya tetap sama dan tetap pink..
Segala kegusaran saya dek FMU pagi tadi yang faint tu dah hilang..Hehehe..
Saya dah simpan semua UPT yang cheapie tu dan tak akan gunakannya sebab tak sesuai dengan saya..
Lagi 1 yang penting,hormone beta HCG ni double setiap 48 jam..Lebih baik test selang sehari..
TAPI, saya ni jenis curious ke obses dengan UPT tak tau la..Hari-hari pun nak check..Pastu gelabah..Padan muka ni...
Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu, berilah kekuatan kepada ku dan kandungan ku ini..Bagilah kami sama-sama kuat menempuhi pregnancy ini..Bagilah kandungan ku ini membesar dengan sihat dan sebaiknya...
Aamiin..Ya Rabbal 'Alamin..